Monday, October 2, 2017

Tazkirah - Rezeki

Assalamualaikum,

Pagi ni saya kongsikan satu tazkirah pendek. Tazkirah ni saya dapat dari group whatsapp. Moga berpanjangan pahala penulisnya. Dan semoga kita ambil iktibar.

Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.

Jika rezeki datang kerana banyak waktu kerja, seharusnya warung- warung kopi 24 jam boleh mengalahkan macdonald dan kfc.

Jika rezeki datang kerana kepintaran. Seharusnya pensyarah-pensyarah menjadi orang kaya.

Jika rezeki datang kerana pangkat,
Seharusnya para presiden dan raja berada di urutan terdepan dari 100 orang terkaya di dunia.

Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah.

"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah berkahnya."
(Ali bin Abi Thalib)