Friday, September 22, 2017

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum semua,

Salam Maal Hijrah 1439H. Dah bertukar tahun baru. Macam baru lagi kan sambutan Maal Hijrah yang lepas. Cepat masa berlalu.

Tempat korang ada buat sambutan? Dulu zaman kecik masjid kampung kami buat juga pertandingan sepanduk, perbarisan. Masa tu ramai lagi remaja yang duduk kampung dan aktif dengan benda macam tu. Seronok bila ingat balik.

Tapi tulah sekarang mana ada lagi aktiviti macam tu. Semalam ada la jamuan makan sikit, makanan kebanyakan masing-masing bawa dari rumah.

Jadi tu saja la untuk post kali ni. Semoga tahun baru ni kita berubah ke arah yang lebih baik, tinggalkan yang buruk-buruk tu. InsyaAllah.

Ps : Header tu baru tukar, comel tak? Alaa tau comel 😛

<>Pss: Promo #MaryJardinTurns1 tinggal 9 hari lagi cepat-cepat grab satu untuk manjakan kulit korang. Whatsapp 013-8732902 tau.

Wednesday, September 13, 2017

Mary Jardin Penuhi Impian Setiap Wanita

Assalamualaikum,

Hai Zira, Ana, Wani. Tengah buat apa tu? Sakan berborak ye. Eh Ira pun ada? Amboi janganlah merajuk saya lambat sebut nama. Kak Noni dah siap lipat baju, rajinnya. Lipat kita punya sekali boleh? Hehe

Baiklah nampak macam tak sabar semua wanita nak dengar cerita petang ni. Mary Jardin penuhi impian setiap wanita? First of all, Mary Jardin tu apa? Aik, ada lagi rupanya yang taktau. Mary Jardin punyalah hot sekarang ni sampai Mato penulis buku Esc. tu siap cakap, "Kawan-kawan perempuan ni ada dua jenis. Kalau tak shaklee, dia jual Mary Jardin." Nampak tak tu padahal bulan ni baru masuk setahun umur Mary Jardin. Masih baby lagi.

Jadi apa kaitannya Mary Jardin dengan impian wanita? Ala, wanita dan kecantikan mana dapat dipisahkan kan. Hihi. Tapi sebenarnya buat tajuk tu sebab tagline Mary Jardin ialah Every Women's Dream. Diterjemahkan jadilah tajuk tu. Tapi sememangnya goal Mary Jardin untuk memenuhi impian setiap wanita, dengan cara hasilkan produk penjagaan wajah semulajadi dan organik. Mestilah semua wanita nak muka bersih, glowing, tak nak jerawat kan? Tapi pilihan produk dipasaran susah nak dipercayai sebab dah banyak kes produk yang ada bahan kimia berbahaya. Sebab tu wujudnya Mary Jardin. Dan sejak promosi sempena MJ Rebirth hujung bulan Julai lalu, Mary Jardin dah mula keluarkan produk penjagaan tubuh pula.

Selain dari membantu penuhi impian wanita dari segi masalah kulit, Mary Jardin juga ada membantu para wanita menjana pendapatan sendiri. Yang ini kalau nak tau kena tunggu next post tau. Sebab dah panjang sangat rasanya menulis kali ni.

Jumpa lagi tau.

Monday, September 11, 2017

First Chapter

Assalamualaikum semua. Jawab jangan tak jawab. Nanti berdosa. Hehe. InsyaAllah ini first post dekat blog ni. Salam perkenalan dari saya untuk semua. First saya akan introduce myself, saya Siti Rudzilah (agent sah Mary Jardin). Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Tujuan saya buat blog ni mainly untuk membantu mereka yang ada masalah muka ie jerawat, jeragat, kulit kusam, kulit kering etc. Dan insyaAllah dengan Mary Jardin kita cuma akan guna bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya. Tapi selain tu saya akan share juga ilmu business, book reviews and my hobbies (mostly crafts) Jadi jangan lupa bookmark blog ni okay? Sampai berjumpa lagi.